Posts

Maal Hijrah - Memaknai Kehidupan

Haiwan yang “tidak dapat dikawal” ditembak mati : Adakah Sah Korban?

Image
  Dalam fiqh sembelihan, terdapat konsep haiwan yang “tidak dapat dikawal” atau "tidak dapat dikuasai" seperti semasa berburu. Jadi, adakah lembu korban terlepas atau mengamuk termasuk dalam kategori ini? , Bagaimanakah ukuran 'bahaya' sehingga tidak dapat disembelih secara biasa? Benarkah syarak memberi kelonggaran bahawa haiwan tadi boleh dilemahkan atau dilumpuhkan dengan panahan atau tembakan pada bahagian yang mampu menghentikan haiwan tadi? Jika haiwan itu mati akibat tindakan tersebut dengan menyebut nama Allah, adakah ia boleh dianggap sah dari sudut halal dimakan dalam keadaan darurat? Menurut mazhab Syafi‘i, isu haiwan korban yang tidak dapat dikawal lalu ditembak, dipanah atau dilukakan perlu dibezakan kepada dua hukum yang berbeza tetapi sering bercampur-aduk, iaitu: Hukum tazkiyah/sembelihan (halal dimakan atau tidak) Hukum sah ibadah korban (sah sebagai udhiyyah atau tidak) . Pertama dari sudut sembelihan, mazhab Syafi‘i mengiktiraf konsep haiwan yang t...

Catatan Siiru Fil Ardh (Cerita Kembara) di Bandar Diraja Perak (1997)

Image
  Bismillah Catatan Siiru Fil Ardh (Cerita Kembara) di Bandar Diraja Perak =============================================== Cerita 5 : Kembara Kuala 1 ~ Pengalaman kembara Pahang amat bermakna kerana ianya menjadi medium persediaan kembara yang seterusnya. Lebih mencabar, kali ini di luar Pantai Timur dan mengambil masa 5 tahun berulang-alik ke Kelantan. Kembara kali ini tidak pernah terlintas dalam fikiran ambo. Masih ambo ingat saat mengambil keputusan UPSR di sekolah ( Sekolah Kebangsaan Kampung Laut) , guru kelas yang juga guru Matematik, memaklumkan yang ambo mendapat tawaran ke sekolah terbaik di luar Kelantan. Cikgu Azmi namanya. Sekolah Kebangsaan Kampung Laut, Kelantan Sumber : google.com Masjid Kampung Laut Sumber : pandupelancong.com Sekolah Kebangsaan Kampung Laut terletak di dalam m ukim Kampong Laut merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam dalam pentadbiran Jajahan Tumpat, negeri Kelantan. Kedudukannya adalah di seberang jajahan Kota Bharu yang dipisahkan deng...

Catatan Siiru Fil Ardh (Cerita Kembara) di Pantai Timur (1992 - 1996)

Image
  Bismillah Catatan Siiru Fil Ardh (Cerita Kembara) di Pantai Timur ========================================= Cerita 1: Kembara bersama keluarga ~ Bumi Terengganu, seingat ambo adalah antara negeri di luar Kelantan yang terawal dilawati. Ianya sekitar awal 90an, pada fasa ambo masih di sekolah rendah. Negeri Terengganu Darul Iman (atau Terengganu) adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang adalah kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara (Besut) ke selatan (Kemaman) (sumber : terengganu.gov.my) sumber : terengganu.gov.my Biasanya, kami adik-beradik (masa tersebut 5 beradik) dibawa bersama kerana Abah perlu menghadi...