Posts

Showing posts from 2026

Keselamatan Makanan dan Penjagaan Kualiti Daging

Image
Keselamatan makanan merupakan elemen penting dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan manusia, khususnya apabila melibatkan makanan berasaskan haiwan seperti daging. Isu keselamatan makanan semakin menjadi perhatian masyarakat akibat pelbagai kes pencemaran dan keracunan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan. Oleh itu, Good Manufacturing Practice (GMP) atau Amalan Pengilangan Yang Baik diperkenalkan bagi memastikan makanan dihasilkan dalam keadaan bersih dan selamat. Prinsip ini amat penting dalam penjagaan kualiti daging kerana daging yang tidak dikendalikan dengan baik boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan mendatangkan risiko penyakit bawaan makanan. Dalam konteks penjagaan kualiti daging, prinsip GMP seperti kebersihan tempat pemprosesan, penggunaan peralatan yang bersih, kawalan suhu dan sistem penyimpanan yang sesuai perlu diberi perhatian serius. Daging yang berkualiti bukan sahaja bergantung pada proses penyembelihan yang sempurna, malah turut dipengaruhi oleh cara p...

Haiwan yang “tidak dapat dikawal” ditembak mati : Adakah Sah Korban?

Image
  Dalam fiqh sembelihan, terdapat konsep haiwan yang “tidak dapat dikawal” atau "tidak dapat dikuasai" seperti semasa berburu. Jadi, adakah lembu korban terlepas atau mengamuk termasuk dalam kategori ini? , Bagaimanakah ukuran 'bahaya' sehingga tidak dapat disembelih secara biasa? Benarkah syarak memberi kelonggaran bahawa haiwan tadi boleh dilemahkan atau dilumpuhkan dengan panahan atau tembakan pada bahagian yang mampu menghentikan haiwan tadi? Jika haiwan itu mati akibat tindakan tersebut dengan menyebut nama Allah, adakah ia boleh dianggap sah dari sudut halal dimakan dalam keadaan darurat? Menurut mazhab Syafi‘i, isu haiwan korban yang tidak dapat dikawal lalu ditembak, dipanah atau dilukakan perlu dibezakan kepada dua hukum yang berbeza tetapi sering bercampur-aduk, iaitu: Hukum tazkiyah/sembelihan (halal dimakan atau tidak) Hukum sah ibadah korban (sah sebagai udhiyyah atau tidak) . Pertama dari sudut sembelihan, mazhab Syafi‘i mengiktiraf konsep haiwan yang t...