Posts

Showing posts with the label Falsafah

Illuminiati Saintis Islam Siri 2

Image
Salam Maulidur Rasul 1435H Bismillah. Sebagai menyambung pengisian yang seterusnya, ambo ingin kongsikan nukilan dari seorang ilmuan Muslim Malaysia iaitu Yang Berbahagia Prof Dr  Shaharir  Mohammad Zain * yang sangat memberi inspirasi dalam menyebarkan konsep Pengislaman Ilmu dewasa kini. Secara peribadi, ambo pernah terlibat langsung dengan beliau semasa menjalan Seminar PPSMI yang pernah diadakan sekitar tahun 2009 di KUIS yang dianjurkan oleh persatuan NGO JASA.  Didoakan bermanfaat untuk semua pengunjung yang sudi singgah sebentar membacanya. Sains ialah perkataan baru dalam bahasa Melayu yang muncul secara rasminya di Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia sekarang) sejak 1958 dan di Indonesia sejak 1970-an sahaja. Perkataan itu diambil daripada Inggeris  science  dengan makna daripada bahasa tersebut. Sebelum tahun-tahun itu orang rumpun Melayu di Alam Melayu ini tidak mahu menerima perkataan  science  dalam bahasa I...

Illuminiati Saintis Islam Siri 1

Image
“Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.”[ al-Jathiyah : 20] Bismillah. Sebagai pengisian pertama tahun baru Masihi, ambo ingin kongsikan nukilan salah seorang ilmuan Muslim Malaysia iaitu Yang Berbahagia Dr Danial Zainal Abidin* yang sangat memberi inspirasi dalam menyebarkan konsep Sains dalam Islam dewasa kini. Didoakan bermanfaat untuk semua pengunjung yang sudi singgah sebentar membacanya. Sains Islam Dan Sains Barat Islam tidak pernah mengetepikan sains. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah ,”Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience.” Ia bermaksud,  “Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.” Secara umumnya, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca i...

Sains Makanan : Suatu Pengenalan Siri 1

Image
Bismillah. Setelah kita dilontarkan sedikit idea tentang definisi dan konsep makanan , maka kali ini ambo teruja untuk berkongsikan pula dengan teman-teman berkenaan pengenalan dan definisi asas SAINS makanan .  Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. yang memudahkan usaha coretan ini.  Apabila membicarakan soal sains makanan, ianya adalah suatu istilah yang lunak digunakan bagi menggambarkan aplikasi prinsip sains yang mewujudkan dan menstabillan pembekalan bahan-bahan makanan.   Melalui sains makanan, dunia hari ini mampu mengenali apa itu makanan sejuk beku, makanan dalam tin, makanan sedia dimakan yang cuma memerlukan beberapa detik penyediaan dengan alat bantu ketuhar gelombang mikro, minuman susu yang masih mengandungi nutrien diperlukan walaupun melalui pemanasan dan juga makanan tradisional yang lebih mudah disediakan tanpa memerlukan peralatan yang banyak dan remeh.  Hal ini secara tidak langsung mewujudkan warna-warna kehidupan yang lebih indah t...

Definsi dan Asas Makanan

Image
"Maka seharusnya manusia memperhatikan MAKANAN nya" (Abasa,80 : 24)   Bismillah. Pernahkah anda membaca atau terbaca artikel berkenaan “ Mengapa Yahudi Bijak ” ? Jika dahulunya artikel ini berlegar-legar di dalam inbox email kita, maka dengan penggunaan Facebook yang semakin meluas, maka ‘serangan’ artikel ini berpindah pula kepada inbox atau wall facebook kita.  Artikel tersebut kononnya adalah hasil tesis PhD seorang yang ‘dinamakan’ Dr. Stephen Carr Leon yang antara lainnya menyentuh bahawa faktor pemilihan MAKANAN adalah salah satu elemen penting dalam memastikan penguasaan cendikiawan berbangsa Yahudi dalam hampir kesemua bidang termasuklah kejuruteraan, muzik, saintis dan bidang perniagaan.  Antara kesimpulan yang diberikan berdasarkan ‘kajian’ beliau ialah saranan untuk mengubah cara pemakanan serta memilih makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak. Namun, identiti Dr. Stephen Carr Leon masih diragui dan misteri kerana langsung tidak dijumpai sia...