Posts

Showing posts with the label Penilaian Sensori

Penilaian Sensori Makanan : Ujian Diskriminatif dan Deskriptif

Image
Bismillah  Pengenalan    Perkembangan penilaian sensori ini melibatkan integrasi pelbagai disiplin-disiplin pengetahuan termasuklah psikologi, fisiologi, sosiologi dan statistik.  Penilaian sensori berdasarkan takrifan Institut Teknologi Makanan Amerika Syarikat (IFT 1975) ialah satu disiplin sains yang digunakan untuk merangsang, mengukur, menganalisis dan menginterpretasi tindak balas ciri-ciri makanan dan bahan-bahan apabila ianya dinilai oleh deria lihat, bau, rasa, sentuh dan dengar.  Oleh itu, penggunaan organ-organ sensori iaitu mata, hidung, lidah, kulit dan telingan amat memainkan peranan penting dalam penilaian sensori ini.  Penggunaan ahli panel dalam penilaian sensori adalah sebagai populasi (alat makmal) untuk mempelajari sampel makanan dan bukannya panel sebagai subjek kajian sebagaimana pendekatan kajian psikofizik.  Dengan kata lain, tujuan penilain sensori ialah mencari maklumat mengenai makanan dan bukannya orang yang makan ...