Keselamatan Makanan dan Penjagaan Kualiti Daging
Keselamatan makanan merupakan elemen penting dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan manusia, khususnya apabila melibatkan makanan berasaskan haiwan seperti daging. Isu keselamatan makanan semakin menjadi perhatian masyarakat akibat pelbagai kes pencemaran dan keracunan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan. Oleh itu, Good Manufacturing Practice (GMP) atau Amalan Pengilangan Yang Baik diperkenalkan bagi memastikan makanan dihasilkan dalam keadaan bersih dan selamat. Prinsip ini amat penting dalam penjagaan kualiti daging kerana daging yang tidak dikendalikan dengan baik boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan mendatangkan risiko penyakit bawaan makanan. Dalam konteks penjagaan kualiti daging, prinsip GMP seperti kebersihan tempat pemprosesan, penggunaan peralatan yang bersih, kawalan suhu dan sistem penyimpanan yang sesuai perlu diberi perhatian serius. Daging yang berkualiti bukan sahaja bergantung pada proses penyembelihan yang sempurna, malah turut dipengaruhi oleh cara p...