Haiwan yang “tidak dapat dikawal” ditembak mati : Adakah Sah Korban?
Dalam fiqh sembelihan, terdapat konsep haiwan yang “tidak dapat dikawal” atau "tidak dapat dikuasai" seperti semasa berburu.
Menurut mazhab Syafi‘i, isu haiwan korban yang tidak dapat dikawal lalu ditembak, dipanah atau dilukakan perlu dibezakan kepada dua hukum yang berbeza tetapi sering bercampur-aduk, iaitu:
.
Pertama dari sudut sembelihan, mazhab Syafi‘i mengiktiraf konsep haiwan yang tidak dapat dikawal atau tidak dapat dikuasai.
Dalam mazhab Syafi‘i, jika haiwan tidak mampu dikawal untuk disembelih di leher secara biasa seperti terjatuh ke gaung, mengamuk, lari liar atau membahayakan manusia, maka diharuskan melakukan ‘aqr (العقر), iaitu melukakan haiwan pada mana-mana bahagian tubuh yang boleh mematikan atau melemahkannya (atau melumpuhkannya), sama seperti hukum haiwan buruan.
Prinsip ini dihuraikan oleh fuqaha Syafi‘iyyah bahawa: Haiwan yang boleh dikawal disembelih pada halkum/leher, manakala haiwan yang tidak dapat dikawal boleh ditazkiah melalui luka yang mematikan pada mana-mana anggota.
Ini bermakna, jika lembu korban terlepas dan benar-benar tidak dapat ditangkap serta menimbulkan bahaya, tindakan melemahkan diharuskan dari sudut fiqh sembelihan. Namun, jika haiwan masih hidup selepas dilemahkan, ia wajib disembelih segera di leher untuk menyempurnakan tazkiyah menurut syarak.
Dari sudut ibadah korban pula, Maka Mazhab Syafi‘i lebih ketat. Di sinilah perbahasan menjadi lebih sensitif.
Dalam mazhab Syafi‘i, haiwan korban mestilah bebas daripada aib (kecacatan) yang jelas atau yang mengurangkan dagingnya. Imam al-Nawawi dan fuqaha Syafi‘iyyah menegaskan bahawa haiwan yang mengalami kecacatan ketara sehingga menjejaskan daging atau nilai haiwan boleh menyebabkan korban tidak sah.
Sebagai contoh dalam mazhab Syafi‘i:
Sekiranya terdapat tanduk yang patah sedikit, maka masih sah korban jika tidak me lrosakkan daging. Namun bagi tanduk yang patah sehingga merosakkan isi atau daging, maka tidak sah korban.
Ini kerana aib atau kecacatan yang kecil masih boleh dimaafkan. Manakala bagi aib yang besar atau mengurangkan daging, Maka menjejaskan sahnya korban.
Maka bagaimana pula jika haiwan ditembak atau dipanah?
Menurut pendekatan mazhab Syafi‘i, penilaiannya menjadi kes demi kes.
Pertama, korban berpotensi menjadi sah jika :
Keadaan sebaliknya berlaku untuk berisiko menjadi tidak sah sebagai korban, jika:
Sebagai kesimpulan, tembakan atau panahan terhadap haiwan yang tidak dapat dikawal bukan automatik menjadikan korban batal menurut mazhab Syafi'i. Namun, mazhab Syafi‘i menuntut penelitian yang ketat iaitu, adakah wujud darurat sebenar, adakah sembelihan syarie disempurnakan, dan adakah kecederaan itu menjejaskan syarat kesempurnaan haiwan korban.
Sebab itu, dalam kes sebenar seperti lembu korban mengamuk, penentuan hukum lazimnya memerlukan penilaian pihak berautoriti agama berdasarkan fakta kejadian, bukan hanya video atau tanggapan umum.

Comments
Post a Comment