Posts

Showing posts with the label Keselamatan Makanan

Integrasi Sistem Kualiti Makanan : Suatu Keperluan Masa Kini

Image
Bismillah  Pengenalan Pasaran Halal global terus berkembang dan dianggarkan bernilai lebih daripada 2.3 trilion Dolar Amerika setahun sehingga tahun 2011 di mana lebih 60% daripada nilai pasaran yang dianggarkan berjumlah 680 bilion Dolar Amerika adalah produk makanan Halal .   Menyorot perkembangan mutakhir ini, semakin jelas bahawa minat dan permintaan terhadap pengeluaran dan pembekalan produk-produk dan perkhidmatan yang diiktiraf sebagai “Halal ” semakin menunjukkan peningkatan yang luar biasa, dan menjadi komponen yang wajib dalam memenuhi keperluan dan citarasa pengguna-pengguna bukan sahaja di kalangan orang-orang Islam malah orang-orang bukan Islam dalam pasaran sejagat . Bagi umat Islam, tidak dapat dinafikan bahwa permintaan ini adalah berasaskan kepada memenuhi tuntutan agama Islam itu sendiri iaitu untuk memastikan bahawa setiap produk dan perkhidmatan yang digunakan oleh mereka sama ada pakaian, perubatan, makanan atau apa sahaja barang gunaa...

Keselamatan Makanan : Gerakan Kesedaran yang Kian Bangkit

Image
Bismillah  Alhamdulillah, beberapa bulan yang lepas, ambo telah diundang oleh Agensi Nuklear Malaysia sebagai fasilitator dalam Sesi 1 Seminar Keselamatan Makanan di Hotel Cititel, Kuala Lumpur, mewakili MIFT.  Tidak lengkap kiranya jika ambo tidak berkongsikan bersama nukilan ambo berkenaan tema tajuk sesi 1 iaitu berkenaan Sistem Jaminan Keselamatan Makanan seperti GMP dan HACCP. Didoakan bermanfaat untuk semua. Seminar Keselamatan Makanan 2013 Nuklear Malaysia Julai 3, 2013 Pengenalan Industri makanan menyedari bahawa Keselamatan Makanan terlibat dalam rantaian makanan daripada pengeluaran kepada penggunaan, dari ladang ke garpu/ meja makan ( from farm-to- fork/ table ). Makanan boleh tercemar pada mana-mana titik dalam rantaian makanan dan pencemaran tersebut berisiko boleh menjejaskan kesihatan pengguna. Sebagaimana takrifan Codex Alimentarius, Keselamatan Makanan adalah suatu jaminan bahawa makanan tidak akan menyebabkan bahaya kepada penggun...