Keselamatan Makanan : Gerakan Kesedaran yang Kian Bangkit
Bismillah Alhamdulillah, beberapa bulan yang lepas, ambo telah diundang oleh Agensi Nuklear Malaysia sebagai fasilitator dalam Sesi 1 Seminar Keselamatan Makanan di Hotel Cititel, Kuala Lumpur, mewakili MIFT. Tidak lengkap kiranya jika ambo tidak berkongsikan bersama nukilan ambo berkenaan tema tajuk sesi 1 iaitu berkenaan Sistem Jaminan Keselamatan Makanan seperti GMP dan HACCP. Didoakan bermanfaat untuk semua. Seminar Keselamatan Makanan 2013 Nuklear Malaysia Julai 3, 2013 Pengenalan Industri makanan menyedari bahawa Keselamatan Makanan terlibat dalam rantaian makanan daripada pengeluaran kepada penggunaan, dari ladang ke garpu/ meja makan ( from farm-to- fork/ table ). Makanan boleh tercemar pada mana-mana titik dalam rantaian makanan dan pencemaran tersebut berisiko boleh menjejaskan kesihatan pengguna. Sebagaimana takrifan Codex Alimentarius, Keselamatan Makanan adalah suatu jaminan bahawa makanan tidak akan menyebabkan bahaya kepada penggun...