Posts

Salam Maal Hijrah 1446

Image
 Bismillah  Salam Maal Hijrah 1446 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah keadaan mereka” (al-Ra’d : 11) Sepanjang tahun 2016 sehingga 2024, sudah pasti banyak berlaku peristiwa yang telah lebih mematangkan diri dalam kehidupan. Ya, lama tidak mencoret di blog ini, orang kata dah bersawang. Banyak coretan direkodkan di media sosial terutama mukabuku. Dalam 8 tahun ini, sebahagian #misi1444 yang digerakkan sejak 2014 dapat dicapai. Dari institusi pengajian tinggi (IPT) membimbing batch pertama Diploma Pengurusan Industri Halal pada 2014 kemudian berhirah ke institusi pengajian tinggi yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda (ISM) Pengurusan Industri Halal pada 2017. Sejak 2022, diamanahkan untuk memimpin Pusat Kecemerlangan Halal dengan peranan yang lebih besar untuk membangunkan ekosistem bakat Halal yang lebih lestari. Lapan tahun ini menyaksikan lebih 20 IPT telah menawarkan program halal di peringkat Diploma dan hampi...

7 Tips ke MAHA 2016

Image
Bismillah  Alhamdulillah berkesempatan lagi berkunjung ke MAHA ini setelah pertama kali berkunjung di sana pada tahun 2006, diikuti pada tahun 2008 dan seterusnya pada tahun 2010.   MAHA adalah singkatan kepada Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show   atau dalam bahasa Melayu ialah Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia.  Pameran ini merupakan sebuah pameran pertanian mega yang diadakan dua tahun sekali di   Malaysia yang diadakan di   Taman Ekspo Pertanian Malaysia   (MAEPS), Serdang, Selangor.    . Berikut dikongsikan 7 tips yang boleh membantu Tuan/ Cikpuan yang berhasrat ke MAHA 2016 : Tips 1 : Bagi pengunjung yang berhasrat tidak datang memandu, bas shuttle disediakan dari stesen Komuter KTM Serdang, UPM dan IOI City Mall.  Namun, 7,000 tempat letak kereta juga disediakan dalam MAEPS dengan bayaran RM5, 1,900 lagi di UPM dan MARDI. Tips 2 : Ba...

Latihan Pengendali Makanan 1

Image
Bismillah Berdasarkan Perkara 30. (1) Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009), Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapat mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan (LPM) daripada institusi yang diiktiraf oleh Pengarah  Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM). PPKM 2009 merupakan undang - undang yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 28 Februari 2009 dan telah dikuatkuasakan sejak  1 Mac 2010 di mana penguatkuasaan sepenuhnya telah mulai dilaksanakan Januari 2014 ini. Kenapa perlu hadir kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM)? 1. Patuh undang-undang (Peraturan Kebersihan makanan 2009) dan mengelak denda yang membebankan 2. Boleh mohon lesen dan permit (guna sijil yang diperolehi lepas kursus) 3. Bertambah pengetahuan dan tanggungjawab kebersihan serta keselamatan makanan 4. insyaAllah, boleh kurangkan kes keracunan makanan (ada kes melibatkan kematian kerana keracunan makanan) Be...

Konfeksi Gula : Pengenalan Sirap Glukosa

Image
Bismillah  Sirap Glukosa adalah larutan akueus yang pekat dan halus yang terdiri daripada D- (+ )- glukosa, maltosa dan polimer D-glukosa  yang lain yang dihasilkan melalui hidrolisis separa secara terkawal terhadap kanji yang boleh dimakan (‘ controlled partial hydrolysis of edible starches ’ seperti yang ditakrifkan oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah).  Penggunaan utama sirap glukosa komersil ialah sebagai bahan karbohidrat pemanis.  Nilai kesetaraan dekstrosa (Dextrose Equivalent - DE) sirap glukosa melebihi 20 DE (bawah 20 DE adalah maltodekstrin) dan di bawah 80 DE (melebihi 80 DE adalah hidrolisat / hidrol).  Penukaran kanji untuk menghasilkan sirap glukosa adalah sama ada melalui tindak balas hidrolisis asid, hidrolisis asid - enzim atau hidrolisis enzim - enzim sama ada secara kumpulan ( batch ) atau proses yang berterusan ( continuous ) . Walau bagaimanapun, pihak industri lebih memilih untuk menghasilkan sirap melalui proses berterusan dan kanji ...

IMP : Suatu Tambah Nilai dalam Sistem Kualiti Makanan

Image
Bismillah  Satu piawaian Amalan Pengilangan Islam atau Islamic Manufacturing Practices (IMP) yang menekankan pengeluaran produk makanan dan barang gunaan yang mencapai status Halalan Toyyiba telah diperkenalkan sejak tahun 2005, selaras dengan perkembangan positif Perbankan Islam dan Takaful Islam dalam Negara. Bagi merealisasikan hasrat melihat IMP dapat dijalankan secara praktikal, maka sebuah kilang bertaraf Amalan Pengilangan yang Baik atau Good Manufacturing Practices (GMP) telah dibangunkan dan menjadi model pengilangan IMP.  IMP bukan lagi melihat kebersihan dari sudut lahiriah dan fizikal, malah dari sudut kesucian dan kerohanian [2] Pada hari ini,  pengilangan GMP semakin mendapat tempat dan menjadi amalan kebiasaan di kalangan indsutri pengilangan.  Secara umumnya, pensijilan GMP adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu melalui Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM) bagi GMP untuk produk makanan dan melalaui...