Sistem Pengurusan Jaminan Halal Siri 1
Apakah itu Sistem Jaminan Halal?
Bismillah. Tahukah kita bahawa mulai 1 Julai 2013 ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewajibkan semua permohonan baru pensijilan halal Malaysia dalam kategori Multinasional untuk melaksanakan Sistem Jaminan Halal (Halal Assurance Management System) sebelum membuat permohonan pengesahan Halal? Manakala, bagi permohonan sediaada dalam kategori berkenaan, diberi tempoh sehingga 31 Disember 2013 untuk mewujudkan dan melaksanakan sistem tersebut. Alhamdulillah, perkembangan yang positif dari pihak berkuasa untuk meningkatkan integriti produk Halal dan tidak mustahil sistem ini akan diaplikasikan kepada seluruh pengusaha makanan lebih-lebih pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang menyumbang sebahagian besar produk makanan Halal dalam negara.
Secara ringkasnya, Sistem Jaminan Halal (SJH) membantu memastikan status keHalalan bahan mentah, proses dan produk yang mendapat pengiktirafan sijil Halal adalah dijaga dan dipantau sepanjang masa secara berterusan. Ianya perlu diurus dengan Perancangan Pengurusan Jaminan Halal (PJH) yang merangkumi Objektif SJH, Struktur pengurusan SJH, Garis panduan Halal (seperti pengertian Halal-Haram, dasar al Quran, Hadith, Fatwa, Manual Prosedur JAKIM, MS 1500, Panduan halal-haram bahan mentah dan proses pengeluaran produk), Prosedur piawaian operasi (SOP) Halal (merangkumi SOP untuk bahan mentah, R & D, permohonan Halal), Rujukan teknikal SJH, Sistem pentadbiran dan Sistem dokumentasi (mencakupi pembekal, pembelian, penggunaan bahan mentah, proses, stor,serta penilaian, pemantaun dan tindakan pembaikan).
Pada kali, ambo ingin berkongsi pengalaman ambo mengikuti Bengkel
Industri Halal – Pengurusan Jaminan Halal yang disertai pada 12 Julai 2011 bersamaan 10 Syaaban 1432H, lebih kuranf 2 tahun lepas. Penyertaan ambo dalam bengkel ini melihatkan perkembangan positif usaha Pihak Berkuasa yang semakin menampakkan ke arah pelaksanaan Sistem Pengurusan Jaminan Halal yang semakin tinggi. Berbanding tahun 2009. di mana kita melihat sedikit 'pergolakan' kuasa pensijilan Halal masa tersebut sedikit sebanyak mengelirukan pihak industri dan pihak LPPOM MUI amat memainkan peranan pada masa tersebut dengan memperkenalkan Sistem Jaminan Halal (boleh rujuk dalam entri ambo sebelum ini bertajuk Siiru Fil Ardh Fan Zhuru : Indonesia Siri 1)
Bengkel ini adalah anjuran bersama Halal Industry Training
& Consultancy (HITC), Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) JAKIM
– Persatuan Kebajikan Kakitangan JAKIM, dipengerusi oleh Timbalan Ketua
Pengarah JAKIM dan Olive Global Sdn Bhd –
syarikat yang dilantik untuk menguruskan program/majlis (event management),
mempuyai konsultan yang dilantik di kalangan kakitangan JAKIM, DVS, SIRIM dan
IPT tempatan. Pegawai pembimbing bagi sesi tersebut ialah Ustaz Lokman bin Ab Rahman, pegawai JAKIM yang dimaklumi antara pejuang Sistem Jaminan Halal di Malaysia dan telah menulis beberapa buah buku berkaitan Halal termasuklah "Isu Halal Tiada penghujung"
Sesi 1 : Definisi dan
Perspektif Halal
Selepas pendaftaran pada jam 9.00 pagi, bengkel dimulakan dan
aspek-aspek yang dibincangkan termasuklah :
1. Keperluan Halal dari sudut syariah (Maqasid Syar’iyyah) dan
perniagaan, mendapatkan kepercayaan pengguna (terutama dalam cross-over market)
2. Sumber perundangan Halal : Al Quran, Hadis, Ijma dan Qias
3. Rujukan dan garis panduan Halal di Malaysia – MS 1500 , MS 2200,
Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, Fatwa dan undang-undang berkaitan
(termasuk Akta Perihal Dagangan)
4. Wujudkan ‘buffer zone’ –
elak terjebak dalam perkara syubhah (grey
area)
5. Definisi Halal dari aspek syariah, kategori makanan yang kritikal
dalam penentuan Halal (contoh : daging, hasilan daging, minyak, lemak, GMO, Khamr, bahan tambah, herba)
6. Pihak syarikat menyediakan fail yang telus (transparent) untuk
dinilai oleh auditor. Penilaian dokumen termasuklah :
6.1 Profil syarikat (sebaiknya termasuk sejarah perolehan sijil Halal)
6.2 Pendaftaran syarikat
6.3 Lesen pihak berkuasa tempatan
6.4 Perakuan bahan mentah/ ramuan yang digunakan
6.5 Nama dan alamat pembekal
6.6 Status kehalalan bahan mentah/ ramuan
6.7 Bahan pembungkus
6.8 Proses dan prosedur pengilangan
6.9 Sijil Halal pembekal
6.10 Sijil Penyembelih dari Jabatan Agama Islam Negeri (bagi yang
berkenaan)
7. Proses pensijilan Halal
Sesi 2 : Sistem Jaminan Halal (SJH) 1- Pengenalan
Setelah berhenti rehat untuk
minum pagi, bengkel diteruskan dengan pendedahan berkenaan Sistem Jaminan Halal (SJH).
Dari segi keperluan dan kepentingan, SJH membantu memastikan status
keHalalan bahan mentah, proses dan produk yang mendapat pengiktirafan sijil
Halal adalah dijaga dan dipantau sepanjang masa secara berterusan. Seterusnya, para peserta dibengkel didedahkan
dengan istilah Eksekutif Halal, syarat dan tanggungjawab serta Pengurusan Jaminan Halal (PJH) dalam industri. Keperluan mengadakan Eksekutif Halal ini
adalah selaras dengan MS 1500 versi 2009 di mana ‘Pihak Pengurusan hendaklah mewujudkan
sebuah jawatankuasa atau pegawai eksekutif Halal yang terdiri daripada
orang Islam yang bertanggungjawab memastikan keberkesanan sistem kawalan Halal
dalaman’. (boleh rujuk entri bertajuk MS 1500 untuk serba ringkas berkenaan MS 1500)
Antara tanggungjawab Eksekutif Halal termasuklah :
1. Menyusun PJH (dalaman) secara bertulis
2. Menyelaras pelaksanaan
PJH di syarikat
3. Mengadakan program latihan
PJH di syarikat
4.Melaksanakan audit dalaman
secara berkala dan/ atau berdasarkan keperluan
5. Menyediakan laporan hasil
audit dalaman
6. Membuat laporan kepada
pengurusan tertinggi (top management) berkenaan urusan berkaitan PJH –
komitmen Pengurusan Tertinggi amat penting dalam pelakasaan PJH yang berkesan
termasuk penentuan polisi syarikat, menyediakan kemudahann dan infrastruktur
serta memberi kuasa kepada Eksekutif Halal untuk melaksanakan PJH
7. Melakukan hubungan dengan
pihak JAKIM/ JAIN
Bengkel berhenti rehat untuk makan tengah hari dan solat Zohor mulai
12.30 tengah hari dan disambung semula pada jam 2.00 petang.
Sesi 3 : Sistem Jaminan
Halal (SJH) 2- Pelaksanaan dan Bengkel SJH
Seusai rehat, bengkel diteruskan dengan penerangan Pengurusan
Jaminan Halal (PJH) yang terdiri daripada 4 langkah iaitu perancangan,
pelaksanaan, pemantauan dan tindakan pembaikan.
Perancangan PJH termasuk :
1. Objektif SJH
2. Struktur pengurusan SJH
3. Garis panduan Halal (merangkumi pengertian Halal-Haram, dasar al
Quran, Hadith, Fatwa, Manual Prosedur JAKIM, MS 1500, Panduan halal-haram bahan
mentah dan proses pengeluaran produk)
4. Prosedur piawaian operasi (SOP) Halal (merangkumi SOP untuk bahan
mentah, R & D, permohonan Halal)
5. Rujukan teknikal SJH
6. Sistem pentadbiran
7. Sistem dokumentasi (mencakupi pembekal, pembelian, penggunaan bahan
mentah, proses, stor,serta penilaian, pemantaun dan tindakan pembaikan)
PJH ini mestilah dilaksanakan
dan difailkan dalam bentuk hardcopy
bagi tujuan semakan pihak JAKIM. Antara
5 fail penting mesti ada :
1. Fail utama – profil syarikat termasuk pemegang saham, polisi
syarikat, carta organisasi, Semua sijil berkenaan, Senarai pembekal, senarai
pekerja termasuk rekod suntikan typhod
& latihan, aliran proses produk (process flow), pelan premis, lain-lain
(kawalan perosak, rawatan sisa air, eksport, rekod penyembelihan (yang
berkenaan sahaja), laporan kewangan (untuk tentukan kategori syarikat)
2. Fail Bahan mentah/ Ramuan – sijil Halal, bahan kritikal
3. Fail Isu Halal – surat masuk keluar, laporan audit JAKIM
4. Fail Jawankuasa Halal – minit mesyuarat, rekod latihan/seminar/kursus/praktikal
Halal
5. Fail Permohonan Halal – dokumen-dokumen penting semasa memohon e-
Halal online (bentuk hardcopy
termasuk sijil pendaftaran syarikat, lessen perniagaan, surat pengesahan
jawatan & salinan IC pegawai bertanggungjawab, laporan kewangan tahunan,
senarai produk, jenama dan bahan mentah, lampiran sijil Halal, spesifikasi atau
COA, aliran proses produk (process flow), peta ke kilang dan pelan kilang)
Bagi memastikan pelaksanaan yang baik, pemantauan mestilah dilakukan
dengan sistem audit dalaman yang berkesan.
Program audit merangkumi audit pembekal, audit premis/ proses dan audit
pelanggan. Latihan berakhir pada pukul
5.00 petang selepas bengkel diadakan di mana para peserta di minta untuk
membina polisi Halal, carta organisasi jawatankuasa Halal dan tanggungjawab
jawatankuasa Halal.
Moga-moga semua mendapat manfaat, diberkati Allah S.W.T. dan menjadi bekalan kebaikan di akhirat kelak.
Abdullah Abas ~ Pencinta Halal
Perunding berdaftar/ Ahli Professional MIFT
Tutor Keselamatan Makanan diiktiraf HABC
Facebook : inspirasi Halal
Pagi Encik,
ReplyDeleteBolehkah Encik bagi contoh Sistem Jaminan Halal ?
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAdakah encik ada contoh Manual Sistem Jaminan Halal