Kembara Perantau : Kenangan 2010
.jpg)
Bismillah. Bermula sejak pagi tadi, malah mungkin sejak malam tadi lagi , berbondong-bondonglah masyarakat Muslim mulai bergerak ke kampung halaman di negeri masing-masing terutama masyarakat dari kota-kota utama ke Kelantan, tanah air negeri tercintaku. Walaupun ada yang berkira-kira untuk pulang sedikit lewat atas perkiraan untuk elakkan kesesakan lalu lintas, namun kemeriahannaya tetap dapat dirasai dengan kesesakan lalu lintas itu tetap berlaku sehinggalah pagi raya ! Mungkin kita berkira-kira untuk pulang hari Isnin atau Selasa kerana dijangkakan hari atau esok pasti golongan pendidik mulai pulang kerana cuti sekolah yang telah bermula, namun jika ditanya kepada golongan yang berkhidmat di swasta terutama di kilang-kilang, kesukaran mendapatkan cuti menyebabkan jawapannya sama sahaja dengan kita, iaitu pulang hari Isnin atau Selasa, malah mungkin juga pada malam Raya. Apa yang pasti, setiap kali menjelang musim perayaan terutama Eidiil Fitri, warga perantau ...