Monday 11 August 2014

Latihan Pengendali Makanan 1

Bismillah



Berdasarkan Perkara 30. (1) Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009), Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapat mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan (LPM) daripada institusi yang diiktiraf oleh Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


PPKM 2009 merupakan undang - undang yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 28 Februari 2009 dan telah dikuatkuasakan sejak 1 Mac 2010 di mana penguatkuasaan sepenuhnya telah mulai dilaksanakan Januari 2014 ini.

Kenapa perlu hadir kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM)?
1. Patuh undang-undang (Peraturan Kebersihan makanan 2009) dan mengelak denda yang membebankan
2. Boleh mohon lesen dan permit (guna sijil yang diperolehi lepas kursus)
3. Bertambah pengetahuan dan tanggungjawab kebersihan serta keselamatan makanan
4. insyaAllah, boleh kurangkan kes keracunan makanan (ada kes melibatkan kematian kerana keracunan makanan)






Berikut adalah petikan yang berkaitan keperluan menghadiri Kursus Pengendali Makanan:


Bahagian IV
PENGENDALI MAKANAN

Bab 1 – Latihan, pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan, pakaian dan kebersihan diri pengendali makanan

Latihan Pengendali Makanan
30. (1) Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang ditentukan oleh pengarah.
(2) Menteri boleh, jika difikirkan perlu, mengkehendaki mana-mana pengendali makanan untuk menghadiri mana-mana latihan pengendali makanan tambahan di mana-mana institusi yang ditentukan oleh pengarah.
(3) Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebut dalam sub-peraturan (1) atau yang tidak menghadiri mana-mana latihan yang disebut dalam sub-peraturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

sumber : Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983 

Bagi Tuan/ cikPuan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut kursus LPM, silakan email kepada progenfadhli@gmail.com atau pm kepada Trainer Pengendali Makanan 


Fadhli Rahman
Trainer Pengendali Makanan KKM (B/045/13)
Ahli Professional MIFT (P087)
Facebook : Fadhli RahmanAbas