Bismillah
Alhamdulillah berkesempatan
lagi berkunjung ke MAHA ini setelah pertama kali berkunjung di sana pada tahun
2006, diikuti pada tahun 2008 dan seterusnya pada tahun 2010. MAHA adalah singkatan kepada Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show atau dalam
bahasa Melayu ialah Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan
Malaysia. Pameran ini merupakan sebuah pameran pertanian mega yang diadakan
dua tahun sekali di Malaysia yang diadakan di Taman
Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS),
Serdang, Selangor.
.
Berikut dikongsikan 7 tips yang boleh membantu Tuan/ Cikpuan yang berhasrat ke MAHA 2016 :
Tips
1 : Bagi pengunjung yang berhasrat tidak datang memandu, bas shuttle disediakan
dari stesen Komuter KTM Serdang, UPM dan IOI City Mall. Namun,
7,000 tempat letak kereta juga disediakan dalam MAEPS dengan bayaran RM5, 1,900
lagi di UPM dan MARDI.
Tips 2 : Bagi memudahkan
perancangan, dapatkan 'Show Guide' di kaunter Laman Tiba dengan harga RM1.
Ruang pameran adalah lebih 6 kali ganda keluasan padang bola. Laman-laman
pertanian pula berkeluasan lebih 35 padang bola!
Tips 3 : Bagi yang ingin
menambah nilai ilmu pengetahuan, terdapat hampir 20 sesi talk, seminar dan
kursus pemasaran yang diaturkan termasuk bagi usahawan untuk melonjakkan
perniagaan.
Tips
4 : Bagi mereka yang tidak ingin melepaskan peluang merakamkan kenangan manis
di acara 2 tahun sekali ini (terutama yang gemar merakamkan video), pastikan
telefon kita telah dicaj sepenuhnya dan bawa bersama power bank sebagai 'back
up'.
Terdapat
pelbagai pengisian termasuk agrotainmen untuk seisi keluarga di Kampung Durian
Runtuh Upin dan Ipin, kemunculan Erma Fatima dan selebriti lain di Kampung Mak
Cun, Tuna in the House, rumah nelayan terbalik, Kingdom of Shark,
rangka ikan paus, Lembu sado, perah susu dan pengalaman farmville di Laman
Ternakan dan bermacam lagi.
Tips
5 : Anda lapar? Belum sarapan? Belum makan tengah hari? Jangan risau kerana
terdapat medan 'Food Empire' (Empayar Makanan) yang menyajikan hampir 200
sajian makanan popular yang bepatutan di Zon 2.
Tambahan
pula, para pengunjung berpeluang mencuba rasa sampel makanan secara percuma atau
membeli dari gerai dan booth jualan makanan di dalam dan di luar dewan.
Tips
6 : Terdapat 4 zon di MAHA. Bagi melancarkan perjalanan, disarankan untuk
menggunakan kemudahan pengangkutan yang disediakan bagi mengelakkan kepenatan
terutama bagi ibubapa yang membawa bersama anak kecil dan orang tua yang telah
berusia.
Lebih
180 kenderaan pengangkutan di dalam MAEPS Serdang telah disediakan untuk
memudahkan pergerakan pengunjung, seperti bas, tram, buggy dan wagon. Pastikan
anda memilih pengangkutan yang betul ke zon destinasi pilihan.
Tips
7 : MAHA dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Sebaik-baiknya
rancang tidak ke mana-mana sebelum dan selepas ke MAHA.
Peruntukkan
masa secukupnya di sana bagi mengelakkan terburu-buru dan mungkin juga boleh
hilang kesabaran. Almaklum, kesesakan trafik boleh berlaku sebelum, semasa dan
selepas lawatan.
.
Pada tahun ini, MAHA bermula dari 1 hingga 11 Disember. Bagi ibubapa yang merancang untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak, mungkin MAHA adalah salah satu lokasi edutainment (education and entertainment) yang sesuai untuk mereka. Didoakan bermanfaat.
Pengalaman pertama mengunjungi MAHA pada tahun 2006 :-)
FRA
m.i.s.i.1.4.4.4.