Sunday 4 December 2016

7 Tips ke MAHA 2016

Bismillah 


Alhamdulillah berkesempatan lagi berkunjung ke MAHA ini setelah pertama kali berkunjung di sana pada tahun 2006, diikuti pada tahun 2008 dan seterusnya pada tahun 2010.  MAHA adalah singkatan kepada Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show  atau dalam bahasa Melayu ialah Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia.  Pameran ini merupakan sebuah pameran pertanian mega yang diadakan dua tahun sekali di Malaysia yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.  




.

Berikut dikongsikan 7 tips yang boleh membantu Tuan/ Cikpuan yang berhasrat ke MAHA 2016 :


Tips 1 : Bagi pengunjung yang berhasrat tidak datang memandu, bas shuttle disediakan dari stesen Komuter KTM Serdang, UPM dan IOI City Mall.  Namun, 7,000 tempat letak kereta juga disediakan dalam MAEPS dengan bayaran RM5, 1,900 lagi di UPM dan MARDI.





Tips 2 : Bagi memudahkan perancangan, dapatkan 'Show Guide' di kaunter Laman Tiba dengan harga RM1. Ruang pameran adalah lebih 6 kali ganda keluasan padang bola. Laman-laman pertanian pula berkeluasan lebih 35 padang bola!




Tips 3 : Bagi yang ingin menambah nilai ilmu pengetahuan, terdapat hampir 20 sesi talk, seminar dan kursus pemasaran yang diaturkan termasuk bagi usahawan untuk melonjakkan perniagaan.




Tips 4 : Bagi mereka yang tidak ingin melepaskan peluang merakamkan kenangan manis di acara 2 tahun sekali ini (terutama yang gemar merakamkan video), pastikan telefon kita telah dicaj sepenuhnya dan bawa bersama power bank sebagai 'back up'.

Terdapat pelbagai pengisian termasuk agrotainmen untuk seisi keluarga di Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin, kemunculan Erma Fatima dan selebriti lain di Kampung Mak Cun, Tuna in the House, rumah nelayan terbalik, Kingdom of Shark, rangka ikan paus, Lembu sado, perah susu dan pengalaman farmville di Laman Ternakan dan bermacam lagi.




Tips 5 : Anda lapar? Belum sarapan? Belum makan tengah hari? Jangan risau kerana terdapat medan 'Food Empire' (Empayar Makanan) yang menyajikan hampir 200 sajian makanan popular yang bepatutan di Zon 2.

Tambahan pula, para pengunjung berpeluang mencuba rasa sampel makanan secara percuma atau membeli dari gerai dan booth jualan makanan di dalam dan di luar dewan.


Tips 6 : Terdapat 4 zon di MAHA. Bagi melancarkan perjalanan, disarankan untuk menggunakan kemudahan pengangkutan yang disediakan bagi mengelakkan kepenatan terutama bagi ibubapa yang membawa bersama anak kecil dan orang tua yang telah berusia.

Lebih 180 kenderaan pengangkutan di dalam MAEPS Serdang telah disediakan untuk memudahkan pergerakan pengunjung, seperti bas, tram, buggy dan wagon. Pastikan anda memilih pengangkutan yang betul ke zon destinasi pilihan.




Tips 7 : MAHA dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Sebaik-baiknya rancang tidak ke mana-mana sebelum dan selepas ke MAHA.


Peruntukkan masa secukupnya di sana bagi mengelakkan terburu-buru dan mungkin juga boleh hilang kesabaran. Almaklum, kesesakan trafik boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas lawatan.



.


Pada tahun ini, MAHA bermula dari 1 hingga 11 Disember. Bagi ibubapa yang merancang untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak, mungkin MAHA adalah salah satu lokasi edutainment (education and entertainment) yang sesuai untuk mereka. Didoakan bermanfaat.


Pengalaman pertama mengunjungi MAHA pada tahun 2006 :-)




FRA 
m.i.s.i.1.4.4.4.