Posts

Showing posts from January, 2014

Illuminiati Saintis Islam Siri 2

Image
Salam Maulidur Rasul 1435H Bismillah. Sebagai menyambung pengisian yang seterusnya, ambo ingin kongsikan nukilan dari seorang ilmuan Muslim Malaysia iaitu Yang Berbahagia Prof Dr  Shaharir  Mohammad Zain * yang sangat memberi inspirasi dalam menyebarkan konsep Pengislaman Ilmu dewasa kini. Secara peribadi, ambo pernah terlibat langsung dengan beliau semasa menjalan Seminar PPSMI yang pernah diadakan sekitar tahun 2009 di KUIS yang dianjurkan oleh persatuan NGO JASA.  Didoakan bermanfaat untuk semua pengunjung yang sudi singgah sebentar membacanya. Sains ialah perkataan baru dalam bahasa Melayu yang muncul secara rasminya di Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia sekarang) sejak 1958 dan di Indonesia sejak 1970-an sahaja. Perkataan itu diambil daripada Inggeris  science  dengan makna daripada bahasa tersebut. Sebelum tahun-tahun itu orang rumpun Melayu di Alam Melayu ini tidak mahu menerima perkataan  science  dalam bahasa I...

Illuminiati Saintis Islam Siri 1

Image
“Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.”[ al-Jathiyah : 20] Bismillah. Sebagai pengisian pertama tahun baru Masihi, ambo ingin kongsikan nukilan salah seorang ilmuan Muslim Malaysia iaitu Yang Berbahagia Dr Danial Zainal Abidin* yang sangat memberi inspirasi dalam menyebarkan konsep Sains dalam Islam dewasa kini. Didoakan bermanfaat untuk semua pengunjung yang sudi singgah sebentar membacanya. Sains Islam Dan Sains Barat Islam tidak pernah mengetepikan sains. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah ,”Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience.” Ia bermaksud,  “Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.” Secara umumnya, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca i...