Posts

Showing posts from 2014

Latihan Pengendali Makanan 1

Image
Bismillah Berdasarkan Perkara 30. (1) Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009), Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapat mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan (LPM) daripada institusi yang diiktiraf oleh Pengarah  Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM). PPKM 2009 merupakan undang - undang yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 28 Februari 2009 dan telah dikuatkuasakan sejak  1 Mac 2010 di mana penguatkuasaan sepenuhnya telah mulai dilaksanakan Januari 2014 ini. Kenapa perlu hadir kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM)? 1. Patuh undang-undang (Peraturan Kebersihan makanan 2009) dan mengelak denda yang membebankan 2. Boleh mohon lesen dan permit (guna sijil yang diperolehi lepas kursus) 3. Bertambah pengetahuan dan tanggungjawab kebersihan serta keselamatan makanan 4. insyaAllah, boleh kurangkan kes keracunan makanan (ada kes melibatkan kematian kerana keracunan makanan) Be...

Konfeksi Gula : Pengenalan Sirap Glukosa

Image
Bismillah  Sirap Glukosa adalah larutan akueus yang pekat dan halus yang terdiri daripada D- (+ )- glukosa, maltosa dan polimer D-glukosa  yang lain yang dihasilkan melalui hidrolisis separa secara terkawal terhadap kanji yang boleh dimakan (‘ controlled partial hydrolysis of edible starches ’ seperti yang ditakrifkan oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah).  Penggunaan utama sirap glukosa komersil ialah sebagai bahan karbohidrat pemanis.  Nilai kesetaraan dekstrosa (Dextrose Equivalent - DE) sirap glukosa melebihi 20 DE (bawah 20 DE adalah maltodekstrin) dan di bawah 80 DE (melebihi 80 DE adalah hidrolisat / hidrol).  Penukaran kanji untuk menghasilkan sirap glukosa adalah sama ada melalui tindak balas hidrolisis asid, hidrolisis asid - enzim atau hidrolisis enzim - enzim sama ada secara kumpulan ( batch ) atau proses yang berterusan ( continuous ) . Walau bagaimanapun, pihak industri lebih memilih untuk menghasilkan sirap melalui proses berterusan dan kanji ...

IMP : Suatu Tambah Nilai dalam Sistem Kualiti Makanan

Image
Bismillah  Satu piawaian Amalan Pengilangan Islam atau Islamic Manufacturing Practices (IMP) yang menekankan pengeluaran produk makanan dan barang gunaan yang mencapai status Halalan Toyyiba telah diperkenalkan sejak tahun 2005, selaras dengan perkembangan positif Perbankan Islam dan Takaful Islam dalam Negara. Bagi merealisasikan hasrat melihat IMP dapat dijalankan secara praktikal, maka sebuah kilang bertaraf Amalan Pengilangan yang Baik atau Good Manufacturing Practices (GMP) telah dibangunkan dan menjadi model pengilangan IMP.  IMP bukan lagi melihat kebersihan dari sudut lahiriah dan fizikal, malah dari sudut kesucian dan kerohanian [2] Pada hari ini,  pengilangan GMP semakin mendapat tempat dan menjadi amalan kebiasaan di kalangan indsutri pengilangan.  Secara umumnya, pensijilan GMP adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu melalui Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM) bagi GMP untuk produk makanan dan melalaui...

Integrasi Sistem Kualiti Makanan : Suatu Keperluan Masa Kini

Image
Bismillah  Pengenalan Pasaran Halal global terus berkembang dan dianggarkan bernilai lebih daripada 2.3 trilion Dolar Amerika setahun sehingga tahun 2011 di mana lebih 60% daripada nilai pasaran yang dianggarkan berjumlah 680 bilion Dolar Amerika adalah produk makanan Halal .   Menyorot perkembangan mutakhir ini, semakin jelas bahawa minat dan permintaan terhadap pengeluaran dan pembekalan produk-produk dan perkhidmatan yang diiktiraf sebagai “Halal ” semakin menunjukkan peningkatan yang luar biasa, dan menjadi komponen yang wajib dalam memenuhi keperluan dan citarasa pengguna-pengguna bukan sahaja di kalangan orang-orang Islam malah orang-orang bukan Islam dalam pasaran sejagat . Bagi umat Islam, tidak dapat dinafikan bahwa permintaan ini adalah berasaskan kepada memenuhi tuntutan agama Islam itu sendiri iaitu untuk memastikan bahawa setiap produk dan perkhidmatan yang digunakan oleh mereka sama ada pakaian, perubatan, makanan atau apa sahaja barang gunaa...