Posts

Showing posts from 2012

MS 1500

Image
MS 1500 Standard Malaysia berkenaan Makanan Halal PENDAHULUAN Bismillah. Standard Malaysia bertajuk ‘Makanan Halal:Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (MS 1500:2004) telah dibangunkan di bawah Sistem Pembangunan Standard Malaysia yang di bawah tanggungjawab Jabatan Standard Malaysia (DSM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.  Pada umumnya, Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) berperanan membangun dan mempromosikan penggunaan   Malaysian Standards   (MS). Dalam membangunkan MS  dan melaksanakan aktiviti standardisasi di peringkat antarabangsa, STANDARDS MALAYSIA bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan polisi dan strategi. STANDARDS MALAYSIA telah melantik SIRIM Berhad bagi menguruskan pelaksanaan di peringkat teknikal. Standard Malaysia ini merupakan  satu daripada lima inisiatif Kerajaan di dalam merealisasikan Malaysia sebagai pusat makanan Halal .  Lebih daripada 120 jawatankuasa teknikal dan...

Prinsip Halal-Haram Siri 1

Image
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang Halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu (2 : 168) Bismillah. Insyaallah, kali ini ambo ingin kongsikan serba sedikit berkenaan berkenaan definisi dan prinsip Halal dan Haram sebelum kita bercerita lebih lanjut.  Halal berasal daripada kalimah arab Arab iaitu halla, yahillu, hillan, waHalalan yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum Syarak.   Menurut Prof Dr Syeikh Muhammad Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya yang sering menjadi rujukan berkenaan persoalan fiqh semasa Halal-Haram iaitu Halal-Haram dalam Islam (al-Halal wa al-haram fi al-Islam), dasar pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahawa asal sesuatu yang dicipta Allah S.W.T. adalah Halal dan Harus (Mubah) . Beliau merupakan seorang cendekiawan Muslim yang terkenal yang berasal dari Mesir dan merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan...

Niat dan Matlamat

Image
Bismillah. Menjelang sambutan tahun baru Hijriah mahupun Masihiah saban tahun, maka akan kedengaran sesuatu azam atau matlamat baru diungkapkan oleh rata-rata orang kita, baik Muslim atau bukan Muslim.  Yang pastinya, azam atau matlamat ini mengekpresikan perubahan dan peralihan kepada sesuatu yang lebih baik dan lebih cemerlang.  Orang sekarang suka menggunakan istilah  'Transformasi' atau  tidak kurang juga yang bersifat 'Reformasi.  Bagi orang Muslim,  ada di kalangan kita yang akan berusaha meningkatkan keupayaan diri menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa dengan menambahkan pembersihan jiwanya. Mendekatkan diri kepada Allah. Mengakui sesuatu yang benar itu benar sekalipun ia menyanggahi kepentingan dan kehendak diri kita. Mengakui yang salah itu salah, sekalipun kita sudah terbabit dengan yang salah tersebut. Menurut mantan Mufti Perlis, Al Fadhil Ustaz  Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, n iat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu t...

Bismillah

Image
Bismillah ..sebutannya ringan sahaja di bibir, namun besar maknanya apabila disebut oleh seseorang yang mengakui dirinya seorang Muslim. Mengenang peristiwa junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pulang dari bumi Thaif dalam keadaan dakwah baginda tidak diterima oleh Bani Thaqif  malah dihina dengan lontaran-lontaran batu oleh kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa.  Namun kehadiran Addas sedikit mengubat kedukaan baginda.  Siapakah Addas ini? Addas merupakan hamba yang beragama Nasrani, hamba kepada Utbah dan Syaibah, anak-anak lelaki Rabiah.  Kedua-dua tuannya telah meminta beliau menghidangkan setangkai anggur kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W. semasa baginda sedang berlindung dalam sebuah kebun.  Addas diperintahkan oleh tuan-tuannya setelah melihat kepenatan Rasulullah S.A.W. menerima layanan buruk Thaqif.  Saat inilah cerita 'Bismillah' bermula. Apabila Addas menghidangkan anggur tersebut kepada Rasulullah S.A.W, maka kalimah mulia ini '...