MS 1500
MS 1500 Standard Malaysia berkenaan Makanan Halal
Standard Malaysia ini merupakan satu daripada lima inisiatif Kerajaan di dalam merealisasikan Malaysia sebagai pusat makanan Halal. Lebih daripada 120 jawatankuasa teknikal dan kumpulan kerja telah ditubuhkan di bawah 24 Jawatankuasa Standard Perindustrian (ISC) untuk membangunkan Malaysian Standards (MS) MS 1500 ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Standard Perindustrian Kebangsaan yang berkaitan dengan Halal (ISC I) yang mana telah diwakili oleh pelbagai organisasi termasukJAKIM yang merupakan Pengerusi kepada Jawatankuasa Teknikal yang berkaitan untuk gambaran menyeluruh sistem pembangunan standard di Malaysia dan kaitan ISC I di dalam sistem ini.
Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan Halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia. Ia akan digunakan oleh JAKIM sebagai asas untuk pensijilan tetapi akan ditambahkan dengan banyak keperluan yang lainnya bagi melengkapkan proses pensijilan.
Dokumen ini telah melalui proses yang diselaraskan kepada keperluan standard antarabangsa sebagai contoh; Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO), di mana sistem pembangunan standard antarabangsa adalah asas persetujuan semua pihak yang berkepentingan seperti Kerajaan, sektor swasta, NGO, penyelidik dan badan-badan profesional. Malaysia (DSM) menggunakan polisi ISO yang sama.

Semakan kedua Standard Malaysia ini telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Teknikal bagi Makanan Halal dan Barang Gunaan Islam dan ianya di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Standard Perindustrian Standard Halal. Dengan terbitnya Semakan Kedua Standard Malaysia ini, maka secara automatic ianya akan membatal dan menggantikan MS 1500:2004 yang digunapakai dan menjadi rujukan majoriti pengusaha makanan Halal bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.
Mengikut draf Malaysia standard yang telah dikeluarkan, beberapa perubahan telah dilakukan terhadap standard sebelum ini setelah disemak semula dan perubahan utama di dalam semakan ini adalah seperti berikut:
a) dua (2) definasi hukum syarak, dari sudut agama dan perundangan negara;
PUBLIC COMMENT – REAKSI
PENDAHULUAN
Bismillah. Standard Malaysia bertajuk ‘Makanan Halal:Pengeluaran,
Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (MS 1500:2004)
telah dibangunkan di bawah Sistem Pembangunan Standard Malaysia yang di bawah
tanggungjawab Jabatan Standard Malaysia (DSM), Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi. Pada
umumnya, Jabatan
Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) berperanan membangun dan
mempromosikan penggunaan Malaysian Standards (MS). Dalam membangunkan MS dan
melaksanakan aktiviti standardisasi di peringkat antarabangsa, STANDARDS
MALAYSIA bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan polisi dan strategi.
STANDARDS MALAYSIA telah melantik SIRIM Berhad bagi menguruskan pelaksanaan di
peringkat teknikal.
Standard Malaysia ini merupakan satu daripada lima inisiatif Kerajaan di dalam merealisasikan Malaysia sebagai pusat makanan Halal. Lebih daripada 120 jawatankuasa teknikal dan kumpulan kerja telah ditubuhkan di bawah 24 Jawatankuasa Standard Perindustrian (ISC) untuk membangunkan Malaysian Standards (MS) MS 1500 ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Standard Perindustrian Kebangsaan yang berkaitan dengan Halal (ISC I) yang mana telah diwakili oleh pelbagai organisasi termasukJAKIM yang merupakan Pengerusi kepada Jawatankuasa Teknikal yang berkaitan untuk gambaran menyeluruh sistem pembangunan standard di Malaysia dan kaitan ISC I di dalam sistem ini.
Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan Halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia. Ia akan digunakan oleh JAKIM sebagai asas untuk pensijilan tetapi akan ditambahkan dengan banyak keperluan yang lainnya bagi melengkapkan proses pensijilan.
Dokumen ini telah melalui proses yang diselaraskan kepada keperluan standard antarabangsa sebagai contoh; Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO), di mana sistem pembangunan standard antarabangsa adalah asas persetujuan semua pihak yang berkepentingan seperti Kerajaan, sektor swasta, NGO, penyelidik dan badan-badan profesional. Malaysia (DSM) menggunakan polisi ISO yang sama.
FORUM UMUM SEMAKAN KEDUA
Tanggal 3 Mac 2009, satu forum umum semakan kedua
MS1500 telah diadakan di Dewan Bunga Tanjung, Kelab Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan. Forum ini adalah anjuran bersama Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI)
dan Jabatan Standard Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
SIRIM pula bertindak selaku pengurus forum tersebut. Semakan Kedua Standard ini
sebenarnya telah dibuka untuk Public Comment sejak dari 1 Februari 2009
sehingga 31 Mac 2009
Semakan kedua Standard Malaysia ini telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Teknikal bagi Makanan Halal dan Barang Gunaan Islam dan ianya di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Standard Perindustrian Standard Halal. Dengan terbitnya Semakan Kedua Standard Malaysia ini, maka secara automatic ianya akan membatal dan menggantikan MS 1500:2004 yang digunapakai dan menjadi rujukan majoriti pengusaha makanan Halal bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.
Mengikut draf Malaysia standard yang telah dikeluarkan, beberapa perubahan telah dilakukan terhadap standard sebelum ini setelah disemak semula dan perubahan utama di dalam semakan ini adalah seperti berikut:
a) dua (2) definasi hukum syarak, dari sudut agama dan perundangan negara;
b) penambahan klausa-klausa dan sub-klausa berikut:
i. tanggungjawab
pengurusan;
ii. premis;
iv. pembungkusan, perlabelan dan pengiklanan; dan
v. kaedah pneumatic stunning serta gambarajah tempat meletakkan pneumatic stunner pada haiwan.
ii. premis;
iv. pembungkusan, perlabelan dan pengiklanan; dan
v. kaedah pneumatic stunning serta gambarajah tempat meletakkan pneumatic stunner pada haiwan.
c)
pemansuhan kaedah penyembelihan dengan menggunakan pisau mekanikal; dan
d) secara keseluruhan, pengubahsuaian dan penambahbaikan pelbagai klausa –klausa untuk penerangan dan pemahaman yang lebih jelas;
d) secara keseluruhan, pengubahsuaian dan penambahbaikan pelbagai klausa –klausa untuk penerangan dan pemahaman yang lebih jelas;
Versi bahasa Malaysia ini adalah terjemahan
daripada versi asal di dalam bahasa Inggeris iaitu MS 1500, Halal food -
Production, preparation, handling and storage – General guidelines. Jika
terdapat sebarang pertikaian semasa penggunaan standard ini, versi bahasa
Inggeris adalah dirujuk.
PUBLIC COMMENT – REAKSI
Usaha dan
inisiatif Jawatankuasa Teknikal bagi Makanan Halal dan Barang Gunaan Islam (sebelum
ini dikenali Jawatankuasa Teknikal bagi Makanan Halal sahaja) wajar dipuji
memandangkan ianya menunjukkan komitmen Kerajaan melalui Jawatankuasa ini untuk
menambahbaik standard ini agar terus berkualiti dan relevan dengan peredaran
masa. Dengan dibarisi oleh muka lama (yang terlibat dengan MS1500:2004) dan
muka baru dalam jawatankuasa ini, ianya mampu menjadi sinergi untuk memastikan
standard ini terus menjadi antara rujukan utama para pengusaha dan peniaga yang
terlibat langsung dalam industri makanan Halal seantero dunia.
Menyedari
tanggungjawab untuk sama-sama menambahbaik serba sedikit nilai MS1500:2009 ini,
Jawatankuasa Pemantauan Halal dari satu syarikat pengusaha Bumiputera makanan Halal
yang beroperasi di Selangor telah mengesyorkan agar perkara-perkara berikut
diambil kira :
1. Ketidakselarasan atau bercanggah dengan Keputusan
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.
1.1
Klausa
3.5.1.1.1 (h) haiwan
Halal yang dipelihara dan diberi makan najis dengan sengaja dan berterusan;
Ulasan : Keputusan Jawatankuasa Muzakrah Majlis
Fatwa ke 2 12/5/1981 perkara (ii) menyatakan bahawa makanan ayam yang diproses
bahan-bahan bercampur dengan najis seperti darah lembu, darah babi dan
lain-lain adalah harus atau Halal.
Terdapat makanan ayam menggunakan meat and bone meals (MBM), blood meal dan atau kalsium berasal
haiwan di gunakan di dalam ransum
makanan dalam kadar yang sedikit berbanding dengan kadar kacang soya dan jagung
yang tinggi. Dengan memasukkan perkara ini sebagai syarat pengeluar daging ayam,
akan memerlukan sijil Halal dari ladang ayam yang begitu banyak bilangan. Ini
adalah tidak praktikal serta membazir waktu dan tenaga.
1.2 Lampiran A Jadual A1. dicadang untuk dikeluarkan dari standard oleh
kerana:
a) Tidak selaras dan ada yang bercanggah dengan
perkara ii(b) Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 29
September 2005;
b) Tidak dinyatakan kekuatan voltan yang dipakai.
Perlu lebih banyak data dari penyelidikan penggunaan kejutan elektrik untuk
haiwan ternakan tempatan sebelum parameter terdapat dalam jadual boleh dan
selamat dipakai;
c) Lampiran A, perkara A3 : Penggunaan Pneumatic Percussive Stunnner telah dibenarkan oleh
Muzakarah khas majlis Fatwa 13 Mac 2006. Dalam Fatwa ini tidak menyatakan
tekanan udara maksimum 225 psi seperti dalam standard.
1.3
Muzakarah
Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa bertarikh 29 September 2005 mengharamkan pengunaan penetrative dan non-penetrative
captive bolt (mushroom head)(keputusan (i)). Manakala keputusan (ii) pula
hanya kaedah kejutan elektrik sahaja dibenarkan.
Penetrative dan non-penetrative captive bolt
dan pneumatic percussive stunner
adalah merupakan jenis ketukan atau percussion
stunner. Dari pengalaman kami semua, stunner
jenis ketukan ini boleh menyebabkan kematian haiwan jika kuasanya tidak
dikawal. Beza antara captive bolt dan
pneumatic adalah kuasa yang diguna untuk menolak piston/ plunger keluar dari barrel
alat tersebut. Captive bolt
menggunakan catridge (selonsong) daya
tolakan adalah dari letupan.
Terdapat
beberapa jenis catridge mengikut
kekuatan daya tolakan dan ditanda merah, kuning, coklat, dan hijau. Penggunaan captive bolt pernah dibenarkan oleh
Majlis Fatwa dengan syarat sama seperti pneumatic
diantaranya adalah dengan menggunakan mushroom
head. Pneumatic stunner menggunakan tekanan udara untuk menolak piston.
Kekuatan tekanan udara tersebut boleh dikawal.
Adalah
dicadangkan supaya penggunaan stunning jenis percussion ini di semak semula
dengan teliti dan komprehensif oleh jawatankuasa Teknikal dan di kemukakan
semula kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya kekeliruan dapat diatasi sebelum
dimasukan ke dalam standard
1.4 Mechanical slaughter
Kaedah
penyembelihan diatas telah dikeluarkan dari draf sedangkan kaedah penyembelihan
telah diputuskan harus oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 48, 3 April
2000. Dengan mengeluarkan dari draf akan memberi interpretasi seolah-olah
kaedah mekanikal ini tidak lagi dibenarkan atau diragukan.
Untuk
pengetahuan Jawatankuasa Teknikal, kaedah penyebelihan ini diguna oleh rumah
sembelih ayam di luar negara yang telah diluluskan untuk tujuan import oleh
kerajaan Malaysia. Contohnya beberapa rumah sembelih ayam di Denmark telah
diluluskan untuk produk Mechanised
Deboned Meat (MDM) untuk tujuan import. Denmark adalah satu-satunya sumber
MDM untuk pemerosesan sausage/frankfurter. Hampir semua syarikat pemerosesan
Frankfurter di Malaysia memporoleh bahan mentah dari Denmark
2. Keperluan ( Perkara 3)
Klausa 3
Keperluan hendaklah difokuskan dan dikhaskan untuk isu-isu syariah sahaja dan
perkara yang tidak berkaitan dengan syariah seperti GMP, hygiene dan sistem kualiti (3.1-3.4,3.6 dan 3.7) dikeluarkan dari
perkara 3. Isu-isu GMP dan sebagainya telah pun mempunyai peraturan serta perundangan
dan dikuatkuasakan oleh jabatan atau agensi Kerajaan yang lebih kompeten yang
ttidak dimasukkan kapada standard. Cukup dengan diberi rujukan sahaja.
Kekeliruan dan isu timbul apabila badan pensijilan Halal mula menggunakan
isu-isu GMP, hygiene untuk tidak
mengeluarkan logo atau sijil Halal sedangkan loji pemprosesan adalah di dalam
pengawasan jabatan atau agensi Kerajaan
3. Standard Halal hendaklah menumpukan perkara syariah
sahaja. Adalah didapati standard Halal berkaitan syariah tidak diberi tumpuan
sepenuhnya. Berikut adalah perkara/isu syariah yang perlu diambil tindakan;
3.1
Prosedur
penyucian najis mughallazah. Prosedur ini perlu diteliti supaya
ianya lebih jelas, sesuai dan praktikal bagi tujuan pembersihan alat atau
bangunan supaya lebih berguna sebagai panduan oleh pihak industri. Juga
mengambilkira pandangan yang lebih menyeluruh bagi kaedah pencucian seperti
penggunaan bahan-bahan alternatif selain daripada tanah contohnya air panas,
minyak panas atau api;
3.2 Panduan bagi penyucian najis muttawasitah hendaklah disediakan. Panduan tersebut
lebih berguna dan lebih relevan. Misalnya di rumah penyembelihan, semasa proses
penyembelihan, najis seperti darah dan isi perut (stomach/intestine content) sering mencemari daging terutama semasa
proses mengeluarkan perut dan usus (eviceration).
Penyucian najis muttawasitah lebih kerap dan banyak dilaksanakan dari samak;
3.3 Klausa 3.2.8 Jarak antara premis dan ladang babi diyatakan dengan jelas
contohnya 200 meter atau 1 km atau mengikut kriteria kehendaki oleh syariah;
3.4 Klausa 3.2.9 ditambah satu ayat lagi berbunyi ‘ Jika sekiranya premis yang
digunakan tidak dikhususkan sembelihan Halal sahaja, penyembelihan Halal secara
berkala (time/product dedicated) dibenarkan tetapi hendaklah dikawal oleh Badan
Islam yang diiktiraf oleh Pihak berkuasa Agama Islam Malaysia’;
3.5 Klausa 3.2.10 dikeluarkan dari standard atau sebagai alternatif ditambah satu
ayat lagi berbunyi “ penyediaan karkas boleh dibuat di premis lain dengan
syarat premis tersebut di kawalselia oleh Pihak berkuasa Agama Islam atau badan
seumpamanya yang diiktiraf
3.6
Klausa 3.5 : Sumber makanan dan minuman Halal.
3.7
Klausa 3.5.1.1 Haiwan darat . Senarai a) hingga i)
di keluarkan dan diganti dengan senarai haiwan Halal sahaja yang lazim
dijadikan makanan manusia.Klausa 3.5.2 (f) Perkataan (Basmallah) diganti
dengan perkataan (Tasmiah)
4.
Definisi
Klausa 2.1.1 Hukum Syarak definasi
dipermudah supaya difahami semua dan tidak mendatangkan kekeliruan termasuk
bukan Muslim.
Klausa 2.3 (e) tidak mengandungi mana-mana
bahagian atau anggota manusia. Perkataan lain didalam ayat di mansuhkan.
5.
Klausa 4 Pematuhan : Ayat kedua di mansuhkan
6.
Klausa 5 Sijil Halal. Ayat ini tidak memberi apa-apa
makna dan dimansuhkan
7.
Klausa 6 tidak dapat dikuatkuasakan dan bukan
sebahagian dari standard dan hendaklah dimansuhkan
Memandangkan kepada perkara yang dibangkitkan
adalah perkara dasar berkaitan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan
untuk mengelakkan kekeliruan adalah dicadangkan draf semakan kedua ini disemak
secara kritikal oleh individul yang arif di dalam syariah dan pakar teknikal
yang berkaitan. Beberapa isu perlu diselesaikan terlebih dahulu dengan Majlis
Fatwa supaya standard ini selari dan tidak bercanggah dengan Keputusan Fatwa.
KESIMPULAN
Dengan terbitnya
MS1500:2009, ianya diharapkan akan mampu memacu industri makanan Halal tempatan
untuk terus bersaing di persada di antarabangsa. Tiada gunanya andai kita
mendabik dada mengatakan kitalah juara Halal yang terbaik namun hakikatnya
negara lain terus maju ke hadapan meninggalkan kita dalam industri ini. Buat
saudara-saudara seIslamku, betulkan niat untuk mencapai mardhatillah,
perjuangan kita dalam industri Halal di dunia hari ini adalah untuk menyemai
hasilnya di akhirat kelak. Industri yang menyediakan pulangan pendapatan
beratus-ratus billion malah dikatakn mencapai trillion ini, sudah pasti tidak
mampu menyaingi ganjaran dan pulangan yang disediakan oleh Allah S.W.T di sana
nanti.
Abdullah Abas ~ Pencinta Halal
Perunding berdaftar/ Ahli Professional MIFT
Tutor Keselamatan Makanan diiktiraf HABC
Facebook : inspirasi Halal
kredit to :
1. halal.gov.my/v3/index.php/ms/garis-panduan/standard-malaysia
2. i-genhalal.blogspot.com
3. Jawatankuasa Pemantauan Halal, syarikat Bumiputera Selangor
Comments
Post a Comment