Posts

Showing posts from 2013

H.I.J.R.A.H.

Image
Kuasa H.I.J.R.A.H. Bismillah  "  Allah  tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka yang merubahnya sendiri"  [Ar Ra'ad : 11] Rasa ingin berHIJRAH atau berubah pasti datang, sama ada terlintas sekejap atau memang sudah menjadi satu tekad yang besar buat seseorang yang bergelar insan. Rasa Hijrah (berubah) ini mungkin terc etus disebabkan keadaan sekeliling atau persekitaran kehidupan yang 'menyentap' kita untuk rasa berubah baik dari aspek pemikiran, perangai, ibadat, tahap kehidupan, rutin kehidupan, gaya hidup, permakanan atau apa sahaja perkara yang menyebabkan keinginan tersebut semakin meluap-luap. Namun, perubahan yang direalisasikan dengan kerelaan dan keinginan diri sendiri, bukan dipaksa atau disuruh oleh sesiapa adalah lebih baik . Jika kita berkeinginan untuk kita berhijrah tetapi masih mengamalkan sesuatu atau rutin yang sama, pasti kita tidak akan mengecapi nikmat sesuatu perubahan itu. Bisnes k...

Keracunan Makanan : Jadilah Pengendali Makanan yang Amanah

Image
“Awalnya saya hanya anggap sakit perut biasa dan cirit-birit biasa sahaja, tetapi dikejutkan dengan berita kematian anak jiran saya yang dikatakan meninggal selepas mengalami sakit perut." ~  http://www.sinarharian.com.my Bismillah. Seminggu dua sebelum menjelangnya Hari Raya Eidul Adha 1434, kita dipaparkan dengan meluas melalui media-media massa berkenaan kejadian keracunan makanan yang berlaku di  kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman.  Laporan mengatakan kejadian ini berpunca daripada h idangan ayam masak merah yang dihidangkan telah dicemari bakteria Salmonella, sehingga menyebabkan empat kematian dan ratusan lagi keracunan makanan   .  Menurut  Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat, bakteria itu ditemui di dalam spesimen hasil bedah siasat ke atas mangsa dan sampel yang diperoleh dari tempat kejadian.  setakat ini.  Hasil s iasatan awal mendapati ayam yang diguna untuk majlis perkahwinan itu t...

Aplikasi Kelapa Sawit dalam Makanan Siri 3

Image
"Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu". ( Yaa Siin 36:80 ) Bismillah. Pengenalan Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmatNya, lebih-lebih dengan kurniaan nimat Iman dan Islam.  Moga kita diberikan kekuatan untuk terus istiqamah pada jalanNya.  Malam tadi baru sahaja diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa tarikh 1 Zulhijah 1434 adalah pada hari ini (6 Oktober 2013) dan secara tak langsung, mengesahkan jatuhnya 10 Zulhijah iaitu hari raya Eidul Adha atau popular di Malaysia sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban pada  15 Oktober nanti.  Bagi peminat bola sepak pasukan The Red Warrior, Kelantan negeri tanah tumpah darahku, perlawanan suku akhir Piala Malaysia malam tadi menjadi kenangan indah apabila apabila berjaya menundukkan pasukan Johor DT (JDT) dengan kemenangan 6-1, sekalipun telah ketingga...

Kembara Perantau : Kenangan 2010

Image
Bismillah. Bermula sejak pagi tadi, malah mungkin sejak malam tadi lagi , berbondong-bondonglah masyarakat Muslim mulai bergerak ke kampung halaman di negeri masing-masing terutama masyarakat dari kota-kota utama ke Kelantan, tanah air negeri tercintaku.  Walaupun ada yang berkira-kira untuk pulang sedikit lewat atas perkiraan untuk elakkan kesesakan lalu lintas, namun kemeriahannaya tetap dapat dirasai dengan kesesakan lalu lintas itu tetap berlaku sehinggalah pagi raya ! Mungkin kita berkira-kira untuk pulang hari Isnin atau Selasa kerana dijangkakan hari atau esok pasti golongan pendidik mulai pulang kerana cuti sekolah yang telah bermula, namun jika ditanya kepada golongan yang berkhidmat di swasta terutama di kilang-kilang, kesukaran mendapatkan cuti menyebabkan jawapannya sama sahaja dengan kita, iaitu pulang hari Isnin atau Selasa, malah mungkin juga pada malam Raya.  Apa yang pasti, setiap kali menjelang musim perayaan terutama Eidiil Fitri, warga perantau ...