Aplikasi Kelapa Sawit dalam Makanan Siri 2

"Malaysia untung sebab banyak sumber kelapa sawit , kita guna dan jadikannya sebagai elemen penting dalam ramuan berbanding menggunakan sumber haiwan ia penting untuk produk yang dipasarkan di seluruh dunia adalah Halal ," ~ sinarharian.com.my "Kami mengimport minyak sawit Malaysia kerana maklum balas positif yang diterima daripada para pengguna dan kami nampak trend menaik pasaran dalam bergerak ke arah akhir tahun," ~ sinarharian.com.my Bismillah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmatNya dan secara sedar atau tidak, maka hari ini telah masuk hari yang ke-20 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Moga-moga segala amal ibadah kita dalam bulan yang penuh rahmat dan berkat ini diterima oleh Allah Taala sebagai amal kebaikan dan kebajikan serta terus dikurniakan istaqamah untuk berjaya dalam pencarian Lailatul Qadr yang fadhilatnya lebih baik daripada 1000 bulan. Sekelumit masa yang dikurniakan Allah ini insyaAllah ambo gunakan untuk m...