Keracunan Makanan : Jadilah Pengendali Makanan yang Amanah

“Awalnya saya hanya anggap sakit perut biasa dan cirit-birit biasa sahaja, tetapi dikejutkan dengan berita kematian anak jiran saya yang dikatakan meninggal selepas mengalami sakit perut." ~ http://www.sinarharian.com.my Bismillah. Seminggu dua sebelum menjelangnya Hari Raya Eidul Adha 1434, kita dipaparkan dengan meluas melalui media-media massa berkenaan kejadian keracunan makanan yang berlaku di kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman. Laporan mengatakan kejadian ini berpunca daripada h idangan ayam masak merah yang dihidangkan telah dicemari bakteria Salmonella, sehingga menyebabkan empat kematian dan ratusan lagi keracunan makanan . Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat, bakteria itu ditemui di dalam spesimen hasil bedah siasat ke atas mangsa dan sampel yang diperoleh dari tempat kejadian. setakat ini. Hasil s iasatan awal mendapati ayam yang diguna untuk majlis perkahwinan itu t...