Catatan Siiru Fil Ardh (Cerita Kembara) di Bandar Diraja Perak (1997)
Bismillah Catatan Siiru Fil Ardh (Cerita Kembara) di Bandar Diraja Perak =============================================== Cerita 5 : Kembara Kuala 1 ~ Pengalaman kembara Pahang amat bermakna kerana ianya menjadi medium persediaan kembara yang seterusnya. Lebih mencabar, kali ini di luar Pantai Timur dan mengambil masa 5 tahun berulang-alik ke Kelantan. Kembara kali ini tidak pernah terlintas dalam fikiran ambo. Masih ambo ingat saat mengambil keputusan UPSR di sekolah ( Sekolah Kebangsaan Kampung Laut) , guru kelas yang juga guru Matematik, memaklumkan yang ambo mendapat tawaran ke sekolah terbaik di luar Kelantan. Cikgu Azmi namanya. Sekolah Kebangsaan Kampung Laut, Kelantan Sumber : google.com Masjid Kampung Laut Sumber : pandupelancong.com Sekolah Kebangsaan Kampung Laut terletak di dalam m ukim Kampong Laut merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam dalam pentadbiran Jajahan Tumpat, negeri Kelantan. Kedudukannya adalah di seberang jajahan Kota Bharu yang dipisahkan deng...