Siiru Fil Ardh Fan Zhuru : Indonesia Siri 1

Pendahuluan Bismillah. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, ambo berkesempatan ke negara kepulauan terbesar di dunia, Indonesia pada Julai 2009 yang lepas, yang merupakan lawatan ketiga ambo ke negara asing selepas bumi Tanah Thai (Thailand) dan negera yang terkenal dengan jolokan 'Negara bawah paras laut', Belanda. Dengan lebih kurang 17,508 buah pulau , Indonesia juga disebut sebagai Nusantara (Kepulauan Antara) yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik . Indonesia bersempadankan Malaysia di Pulau Borneo , Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Leste di Pulau Timor . Negara jiran lain termasuklah Singapura , Filipina , Australia dan wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar . Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah Jakarta . Amb...