Posts

Showing posts from June, 2013

Sistem Pengurusan Jaminan Halal Siri 1

Image
Apakah itu Sistem Jaminan Halal ? Bismillah. Tahukah kita bahawa mulai 1 Julai 2013 ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewajibkan semua permohonan baru pensijilan halal Malaysia dalam kategori Multinasional untuk melaksanakan Sist em Jaminan Halal ( Halal Assurance Management System ) sebelum membuat permohonan pengesahan Halal? Manakala, bagi permohonan sediaada dalam kategori berkenaan, diberi tempoh sehingga 31 Disember 2013 untuk mewujudkan dan melaksanakan sistem tersebut. Alhamdulillah, perkembangan yang positif dari pihak berkuasa untuk meningkatkan integriti produk Halal dan tidak mustahil sistem ini akan diaplikasikan kepada seluruh pengusaha makanan lebih-lebih pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang menyumbang sebahagian besar produk makanan Halal dalam negara. Secara ringkasnya, Sistem Jaminan Halal (SJH) membantu memastikan status keHalalan bahan mentah, proses dan produk yang mendapat pengiktirafan sijil Halal adalah dijaga dan dipantau sep...

Bahaya Kimia dalam Makanan Siri 1

Image
Bismillah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah dikurnikannya dan nikmat yang terbesar adalah nikmat sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah.  Moga diberikan kekuatan untuk istiqamah dalam perjuangan Islam dan diredhaiNya di dunia dan di akhirat. PENGENALAN InsyaAllah, hari ini ambo ingin kongsikan berkenaan contoh-contoh bahaya ( hazard ) dalam makanan.  Secara asasnya, bahaya ini adalah sesuatu yang boleh mengancam kesihatan manusia bahkan boleh membawa maut sekiranya langkah-langkah pencegahan dan rawatan yang sewajarnya tidak diambil segera.  Dalam makanan, ianya boleh dibahagikan kepada bahaya biologi (biasanya mikrobiologi), kimia dan fizikal.  Risiko bahaya ini diukur berdasarkan kebarangkalian untuk hadir dalam sesuatu makanan dan kesan akibat kepada kesihatan manusia sekiranya makanan dicemari bahaya ini. Dalam siri yang pertama ini, marilah kita 'berkenalan' dengan bahaya kimia yang sering mencemari makanan spesif...

Aplikasi Kelapa Sawit dalam Makanan Siri 1

Image
“Kita mempunyai kekuatan sumber ramuan dan ini boleh menjadikan Malaysia sebagai lokasi perdagangan penting untuk mereka memproses Makanan berikutan punca pembuatan adalah dari negara ini. Antara sumber ramuan berpotensi dieksport ke pasara n luar ialah minyak Kelapa Sawit iaitu satu sumber penting berupaya menghasilkan ramuan untuk pelbagai produk Halal yang ingin digunakan rakan dagangan serantau,”  ~ sumber :  www.hmetro.com.my Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmatNya dan diberikan sekelumit masa untuk kembali mencoret untuk berkongsi sedikit maklumat dengan teman-teman. Empat-lima purnama belakangan, dihambat masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru menadah setelah hampir s edekad meninggalkan perbukitan ilmu, tambahan pula dengan usaha sedia ada mencari kurniaNya. InsyaAllah, ruang yang ada ini ingin ambo kongsikan serba sedikit berkenaan aplikasi penggunaan sawit dalam makanan. Kalau dulu zaman-zaman sekolah rendah, kita sering dicerita...