IMP : Suatu Tambah Nilai dalam Sistem Kualiti Makanan

Bismillah Satu piawaian Amalan Pengilangan Islam atau Islamic Manufacturing Practices (IMP) yang menekankan pengeluaran produk makanan dan barang gunaan yang mencapai status Halalan Toyyiba telah diperkenalkan sejak tahun 2005, selaras dengan perkembangan positif Perbankan Islam dan Takaful Islam dalam Negara. Bagi merealisasikan hasrat melihat IMP dapat dijalankan secara praktikal, maka sebuah kilang bertaraf Amalan Pengilangan yang Baik atau Good Manufacturing Practices (GMP) telah dibangunkan dan menjadi model pengilangan IMP. IMP bukan lagi melihat kebersihan dari sudut lahiriah dan fizikal, malah dari sudut kesucian dan kerohanian [2] Pada hari ini, pengilangan GMP semakin mendapat tempat dan menjadi amalan kebiasaan di kalangan indsutri pengilangan. Secara umumnya, pensijilan GMP adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu melalui Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM) bagi GMP untuk produk makanan dan melalaui...