Posts

Showing posts from 2024

Catatan Siiru Fil Ardh (Cerita Kembara) di Bandar Diraja Perak (1997)

Image
  Bismillah Catatan Siiru Fil Ardh (Cerita Kembara) di Bandar Diraja Perak =============================================== Cerita 5 : Kembara Kuala 1 ~ Pengalaman kembara Pahang amat bermakna kerana ianya menjadi medium persediaan kembara yang seterusnya. Lebih mencabar, kali ini di luar Pantai Timur dan mengambil masa 5 tahun berulang-alik ke Kelantan. Kembara kali ini tidak pernah terlintas dalam fikiran ambo. Masih ambo ingat saat mengambil keputusan UPSR di sekolah ( Sekolah Kebangsaan Kampung Laut) , guru kelas yang juga guru Matematik, memaklumkan yang ambo mendapat tawaran ke sekolah terbaik di luar Kelantan. Cikgu Azmi namanya. Sekolah Kebangsaan Kampung Laut, Kelantan Sumber : google.com Masjid Kampung Laut Sumber : pandupelancong.com Sekolah Kebangsaan Kampung Laut terletak di dalam m ukim Kampong Laut merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam dalam pentadbiran Jajahan Tumpat, negeri Kelantan. Kedudukannya adalah di seberang jajahan Kota Bharu yang dipisahkan deng...

Catatan Siiru Fil Ardh (Cerita Kembara) di Pantai Timur (1992 - 1996)

Image
  Bismillah Catatan Siiru Fil Ardh (Cerita Kembara) di Pantai Timur ========================================= Cerita 1: Kembara bersama keluarga ~ Bumi Terengganu, seingat ambo adalah antara negeri di luar Kelantan yang terawal dilawati. Ianya sekitar awal 90an, pada fasa ambo masih di sekolah rendah. Negeri Terengganu Darul Iman (atau Terengganu) adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang adalah kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara (Besut) ke selatan (Kemaman) (sumber : terengganu.gov.my) sumber : terengganu.gov.my Biasanya, kami adik-beradik (masa tersebut 5 beradik) dibawa bersama kerana Abah perlu menghadi...

2014 - Catatan Pendidikan Halal bermula (Halal Education)

Image
7 Ogos 2014  Bismillah Perbincangan Plan Induk Pendidikan Halal . 31 Oktober 2014 Bismillah E.M.P.A.T.B.U.L.AN. =============== Alhamdulillah, selesai sempurnakan silibus Pengurusan Kualiti Halal dan Prosedur Pensijilan Halal. Pada masa yang sama, koreksi peluang yang telah diberikan. + Sesi perkongsian pasaran Halal + Perbincangan pelan induk pendidikan Halal + Halal open day + Planning kick-off Seminar Halal + Tim Halal + Proposal latihan pengendali makanan Terima kasih atas peluang, kepercayaan dan tunjuk ajar yang diberikan. Tag : tuan Amir Hamzah Md Isa , tuan Ir Ahmad Jais AsSyazili ~Moving Forward~ FRA (Trainer Pengendali Makanan) m.i.s.i.1.4.4.4. 14 Disember 2014 Bismillah Alhamdulillah, selesai 2 hari menadah satu lagi cabang ilmu dalam memperkasakan pendidikan Halal. InsyaAllah, industri ini amat besar potensinya dan masih banyak yang boleh diterokai. Tindakan segera untuk selesaikan apa yang perlu didahulukan. FRA (Trainer Pengendali Makanan) m.i.s.i.1.4.4.4. 19 Disember...

2015 - Catatan Bakat Halal bermula (Halal Talent)

Image
13 Mac 2015  Bismillah Perundangan Halal =============== Full House ! Sesi perkongsian Perundangan Halal oleh Halal Industry Development Corporation bersama Halal talent Uniti. Pasaran produk Halal bukan lagi terhad kepada komuniti Muslim bahkan semakin diterima masyarakat non-Muslim seantero dunia. Persijilan Halal menjadi penanda aras kualiti produk yang diperlukan pengguna yang juga meliputi kebersihan dan keselamatan makanan (Halalan Toyyiba). FRA (Trainer Pengendali Makanan) m.i.s.i.1.4.4.4. cc tuan Amir Hamzah Md Isa, tuan Ir Ahmad Jais AsSyazili #agendahalal #misi1444 #iflahmovingforward #pengendalimakanan 1 April 2015  #LIVE WHC 2015 Sesi khas bersama Penyedia Latihan Halal ( Training Provider) Membangunkan talent Halal bagi mengisi dan melengkapkan industri Halal yang rancak berkembang. 3 proses utama : + kesedaran + pembangunan kompetensi + berkhidmat dalam industri FRA (Trainer Pengendali Makanan) 1 April 2015  Bismillah R.E.C.H.A.R.G.E. ============ Wor...