2015 - Catatan Bakat Halal bermula (Halal Talent)

13 Mac 2015 

Bismillah

Perundangan Halal
===============

Full House !

Sesi perkongsian Perundangan Halal oleh Halal Industry Development Corporation bersama Halal talent Uniti.

Pasaran produk Halal bukan lagi terhad kepada komuniti Muslim bahkan semakin diterima masyarakat non-Muslim seantero dunia.

Persijilan Halal menjadi penanda aras kualiti produk yang diperlukan pengguna yang juga meliputi kebersihan dan keselamatan makanan (Halalan Toyyiba).


FRA (Trainer Pengendali Makanan)
m.i.s.i.1.4.4.4.
cc tuan Amir Hamzah Md Isa, tuan Ir Ahmad Jais AsSyazili

#agendahalal #misi1444 #iflahmovingforward #pengendalimakanan




1 April 2015 

#LIVE WHC 2015

Sesi khas bersama Penyedia Latihan Halal ( Training Provider)

Membangunkan talent Halal bagi mengisi dan melengkapkan industri Halal yang rancak berkembang.

3 proses utama :
+ kesedaran
+ pembangunan kompetensi
+ berkhidmat dalam industri

FRA (Trainer Pengendali Makanan)




1 April 2015 

Bismillah

R.E.C.H.A.R.G.E.
============

World Halal Conference melabuhkan tirai untuk tahun ini dan Halal Summit 2015 masih berbaki dengan pameran Halal MIHAS yang akan berakhir pada Sabtu ini.


Belajar dan terus belajar. Didoakan ilmu yang 'ditadah' dan 'ditimba' dapat dimanfaatkan untuk ummah terutama untuk dikongsikan dengan talent Halal UNITI.


Malam ini? Re-charge dulu.


FRA (Trainer Pengendali Makanan)
m.i.s.i.1.4.4.4.





22 Ogos 2015

Bismillah

Bakat dan Kemahiran
==================

Sejak kecil, Muslim dididik perihal pentingnya mengambil berat aspek Halal dan haram yang telah sebati dalam diri. Ambo masih ingat semasa di darjah 2, guru Bahasa Inggeris 'dikecewakan' dengan respon spontan kami dek kerana memperkenalkan perkataan dan menunjukkan gambar 'pig'. Ya, bagi masyarakat Melayu, kita amat alergik dengan perkataan tersebut terutama dalam hal-hal melibatkan makanan dan pemakanan.

Dengan peningkatan usia, adakah bakat kesedaran Halal masih di taluk seperti zaman tadika atau sekolah rendah dalam mendepani isu-isu Halal? Bakat Halal boleh diperkukuhkan dengan peningkatan ilmu dan kemahiran yang sesuai untuk menghadapinya dengan lebih rasional dan praktikal.

Industri Halal yang semakin berkembang dan diterima masyarakat antarabangsa seharusnya disokong dengan pembangunan talent Halal yang mahir.

FRA
m.i.s.i.1.4.4.4.
cc tuan Amir Hamzah Md Isa, tuan Ir Ahmad Jais AsSyazili



23 Ogos 2015

Bismillah

Bukan sehari dua
==============

Industri Halal perlu disokong dengan pembangunan modal insan yang terampil. Industri ini tidak akan berkembang dengan hanya emosi, laporan polis dan cuci darah. Ianya perlu didepani dan dibina dengan asas Islam yang kukuh dan bekalan integrasi ilmu yang pelbagai terutama aspek Syariah dan teknikal.

Cabaran mempersiapkan modal insan terampil bukan seperti hasilkan produk material. Masuk mesin, keluar produk. Insan bukan hanya fizikal yang mengikut spesifikasi produk, tapi juga mempunyai komponen akal, jiwa dan roh. Bakat perlu diterokai, kemahiran perlu diperkasakan.

FRA
m.i.s.i.1.4.4.4.
tag : tuan Amir Hamzah Md Isa, tuan Ir Ahmad Jais AsSyazili




24 Ogos 2015

Bismillah

Halal Separuh Masak
=================

Dengan maklumat yang semakin mudah diperolehi di hujung jari, maka semakin banyak jelmaan 'mufti segera' yang mudah mengharamkan sesuatu produk. Malah kadang-kadang terhadap produk yang telah diiktiraf Halal oleh pihak berkuasa.

Tidak terkecuali yang mencanangkan 'maklumat' tersebut perlu dikongsi segera. Ditambah 'perisa' pula dengan ganjaran kebaikan jika dikongsi maklumat tersebut.

Kemahiran menghadapi maklumat 'Halal separuh masak' perlu dilatih. Bakat Halal tidak mengutip maklumat 'tepi jalan', tapi melakukan rujuk silang dari sumber yang kredibel dan dipercayai.

FRA
m.i.s.i.1.4.4.4.



3 September 2015

Bismillah

Bakat Halal
=========

Hampir sepurnama menyantuni bakat Halal (Halal talent) dalam ruang maya yang terbatas. Jelas, mereka amat dambakan bimbingan secara khusus dan lebih praktikal. Kesabaran dan hikmah amat diperlukan dalam situasi ini.

Suapan demi suapan dalam kamar kuliah belum cukup memperkasakan kemahiran mereka. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang sempat diteguk, lontaran idea dan ilmu yang mereka miliki dibimbing untuk mengenal hakikat industri.

Pembangunan kepakaran Halal tidak memadai dengan teori yang rencam, tetapi perlu diadunkan dengan merasai sendiri denyut nadi industri Halal.

FRA (trainer Pengendali Makanan)
m.i.s.i.1.4.4.4.



15 September 2015

Bismillah

Hari Graduasi
===========

Masa mereka telah tiba. Meraikan kejayaan menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing.

Namun, perguruan Talent Halal belum berakhir. Persiapkan diri untuk berkuli dalam latihan industri sebagai permulaan membuka pintu masuk ke dunia sebenar industri Halal. insyaAllah, masanya akan tiba.

FRA (Trainer Pengendali Makanan)
m.i.s.i.1.4.4.4.




29 September 2015

Bismillah

Pakatan Pendidikan-Industri Halal
===========================

Pendidikan Halal - Pembangunkan sumber manusia yang kompeten Syariah dan teknikal dalam mengisi lompong Industri Halal yang pesat berkembang.

Keperluan untuk 'engage' bersama industri Halal untuk memastikan talent Halal yang 'dipersiapkan' adalah relevan dengan keperluan dan kehendak semasa.

with : tuan Amir Hamzah Md Isa, CEO Kolej Uniti mengalu-alukan pihak industri yang hadir.

FRA (Trainer Pengendali Makanan)
m.i.s.i.1.4.4.4.





30 September 2015

Bismillah

Viral datang lagi. Semak kesahihan sebelum sebar.

Isu L.A.Coffee kembali lagi dalam whatsapps. Pesanan yang sering diulang kepada talent Halal. Tabayyun dan 'cross reference'.

Jauhkan culas dalam menyiapkan 'homework'.
🙂

FRA (Trainer Pengendali Makanan)
m.i.s.i.1.4.4.4.




30 September 2015

Bismillah

Alhamdulillah, secara rasminya sebagai tenaga pengajar Halal yang 'Halal'. Didoakan istiqamah membimbing talent untuk manfaat industri Halal dan ummah.

FRA (Trainer Pengendali Makanan)
m.i.s.i.1.4.4.4.




9 Oktober 2015

Bismillah

Sinergi syariah dan teknikal
======================

Alhamdulillah, selesai sesi latihan pengendali makanan oleh @iflahuniti dengan kerjasama Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia.
Latihan dan bimbingan kepada talent Halal adalah holistik yang bukan sahaja menerapkan elemen Syariah bahkan disinergikan dengan ilmu dan kemahiran teknikal semasa.

Tahniah talent Halal Uniti. Didoakan perkongsian ilmu hari ini diberkati dan dapat dimanfaatkan.

FRA (Trainer Pengendali Makanan)
m.i.s.i.1.4.4.4.




13 Oktober 2015

Bismilah

Penerokaan Bakat Halal
===================

Uniti Halal Open Day edisi 2.0. Platform penerokaan dan pengembangan bakat para talent Halal.

Di sini talent Halal dibimbing merancang dan mengurus acara serta meningkatkan kemahiran komunikasi. Mempersiap untuk menggerak dan meneraju industri Halal. Tahniah.

gambar : Alu-aluan dari tuan Amir Hamzah Md Isa, CEO Kolej Uniti.

FRA (Trainer Pengendali Makanan)
m.i.s.i.1.4.4.4.




10 Disember 2015

Bismillah

Benih-benih halal talent
===================

Lawatan muhibah bersama talent Halal ke Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)@myjakim

Belajar, menyemai benih kecintaan kepada perkara Halal.

Belajar, membezakan Halal dan pensijilan Halal.

FRA
m.i.s.i.1.4.4.4.






Comments

Popular posts from this blog

Penilaian Sensori Makanan : Ujian Diskriminatif dan Deskriptif

MS 1500

Sains Makanan : Suatu Pengenalan Siri 1